Assalamualaikum wbt,
Asal nya nak tulis entry baru tentang aku pergi bercuti pada ogos dan september. Entah mengapa hilang kata-kata. Jadi aku buat keputusan untuk tulis entry pendek ini. Mungkin tidak kesampaian untuk aku menulis apa yang terjadi seluruh hidup ku setiap bulan. Harap nya dengan ada nya masa terluang pada waktu malam, aku dapat curi serba sedikit masa.
Entah mengapa kebelakangan ini aku macam rasa aku seperti villain. Aku taktau aku layak ke panggil diri sendiri villain. Aku dah ada perspektif yang lain dan semakin dewasa aku boleh faham apa yang dirasakan oleh antagonis dalam Kdrama mau pun cerita melayu. Walaupon aku merasakan cerita melayu tu mungkin berlebihan sikapnya tapi at some point I can relate to them. Keadaan memaksa kita untuk mementingkan diri walaupon kita kuat rasa empati.
Macam dah tiba masanya untuk aku pentingkan diri. Sebab tak da siapa peduli kalau aku ambil hati diorang. Adakah perkara tu adil kalau you seek for a friend that you can trust tapi kau tak cerminkan dulu diri kau? You know, to earn someone's believe mungkin susah untuk sesetengah orang. Tapi aku pegang kata-kata pujangga kartun aku tak ingat petikan dari mana
Memusnahkan kepercayaan aku itu salah aku sendiri sebab aku yang memilih kau untuk aku percaya.
Tapi entah kenapa kali ni aku tak kesal memecahkan kepercayaan sebab untuk kesekian kali nya kepercayaan aku juga musnah. Sekarang ni memang pakai cakap je tak fikir orang. I choose me if I ever need have to choose again.
Btw, congrats to me sebab buat loan lagi. Kalini beli pc pulak. Harap-harap boleh bantu serba sedikit pendapatan tepi. Sekian, terima kasih.
lol, shu.