dihujung

May 22, 2026
Tau tak? Aku selalu rasa aku fikirkan perasaan orang sekeliling aku sampai lah bila aku nak selfish, semua memandang aku dengan tajam. Seolah aku tak layak untuk tidak bersependapat dengan mereka. Seolah aku tak patut mempunyai perasaan. Mana tak nya

Sejak aku kecil aku dibesarkan oleh kedua atok ku di kampung. While my mom berada di bandaraya mencari sesuap nasi untuk kami dua beradik. Aku bersyukur dibesarkan oleh mereka berdua tapi ada satu perkara aku tak dapat buat sepanjang mereka hidup iaitu keluar rumah untuk bermain. Punya lah sayang dan garang, diorang tak bagi main basikal, berlari luar rumah, takut kami berdua jatuh. I once jatuh masa tadika dan kain tu terkoyak di bahagian lutut, obviously lutut luka. Sampai rumah tak bagitau mereka sebab takut kena marah sebab tak dengar cakap.


To be honest, I never get to experience a cliche mom figure just like anybody elses. While my other classmates sibuk bercerita, mak diorang masak ni untuk breakfast, hanta diorang ke sekolah, aku hanya mampu cakap "Mak aku kerja dibandar" then another question pop from one of my friend "Yang selalu hantar kau pergi sekolah tu ayah kau ke?"

"Tak. Tapi dia aku anggap sebagai ayah tapi kenapa aku panggil dia Tik?" Mengomel aku dalam hati tanpa balas soalan kawan aku tu. Aku bukan try nak buat novel sekarang ni ye.

Shu, 15 Dec 2025

_________________________________________________________

Sekarang sudah dihujung Mei 2026. Aku masih tak mampu menghabiskan 1 blog post yang lengkap. Bila aku bersemangat tulis, dihujung nya aku malas menaip dan aku terlupa apa isi penting aku nak sampaikan. Tapi tak mengapa. Sekarang aku sudah menjadi tunangan orang. InshaAllah tahun depan aku akan menjadi isteri orang. Kekok rasanya. Sebab aku pernah utarkan kepada seseorang aku takkan bahagia dan jumpa lelaki lain. Masa tu aku rasa aku memang berada di bawah tanah rendahnya. Tak sangka sejauh ini aku bahagia disamping seorang lelaki.

Semoga ada bahagia buat Shuhaida dan pasangannya. I love everything about him and not going to lose that "nikmat" at this moment.