Sekian lama

Assalamualaikum wbt. 

Akhirnya setelah sekian lama aku tidak bersiaran. Ada jugak semangat nak tulis malam ni (mungkin ada tengok dulu macam mana). Mungkin sudah lanjut umur jadi tidak macam masa muda dulu yang mudah berkongsi itu dan ini. Baru-baru ni sudah bertambah usia. Dah umur 19 ye (muka memang macam mak orang).

Aku mungkin sihat fizikal. Tetapi baru-baru ni aku rasa mental aku tidak sekuat yang aku sangka. Emosi ku dah tak boleh dikawal. Nak cakap “puberty hits me” pon bukan. Nak cakap fasa memberontak pon bukannya remaja lagi. Mungkin semasa remaja tak pernah merasa memberontak (ade je kot). 

Sepanjang aku dah meningkat dewasa aku banyak memendam rasa. Banyak yang disimpan dari yang terkeluar. Dulu aku ada blog ni mungkin aku lempias kan marah dan kesedihan dalam ni. Tapi beberapa tahun tinggalkan penulisan blog ni hari hari aku sama je (acah je cam lain) cuma tak de tempat meluah gitu. 

Bukan nak ajak umpat ke apa dalam ni. Mungkin dengan menulis aku boleh lari dari realiti sama seperti apa yang aku buat zaman remaja. Aku ada main game. PUBG Mobile sudah ku cuba, tapi banyak bonar budak toxic saban tahun aku bermain. Akhirnya aku bagi kawan maya aku je pegang. Beribu gak habis pada benda yang diatas awan ni. 

Sekarang masih active game mobile. Siapa2 in case jumpa entry ni, cuba lah komen bawah manatau kita boleh main sama2. Sekarang aku active Genshin Impact dan Dead By Daylight Mobile (takde masa lagi nak beli kat steam tunggu lah ada pc sedap sikit).

Impian aku nak main macam2 tapi itu lah kawan takde. Social life aku merosot sangat lepas dah bersara dari pubg ni ewah. Aku ni mudah benar rasa sunyi nya :(

Okay lah. Itu saja penulisan harini. Nanti kalau rajin aku tulis lagi. Peace (y)





Comments