My 2024's Summary

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk menulis post baru untuk kali ni. Cuma aku tak tau masa yang sesuai untuk aku menulis. Terlampau banyak kekangan seperti tiada laptop dan tiada platform direct ke blogger untuk aku menulis. Aku ingat diri aku yang dulu suka menulis walaupon hanya benda sia-sia. Aku juga suka membaca tapi kini buku hanya menatap aku jauh dari rak.

Tahun 2024 adalah bukan tahun yang mudah buat aku. Aku habis kan hampir separuh dari zaman 20-an aku dengan termenung, banyak berfikir dan mengekspektasi hal-hal yang buruk akan terjadi padaku. Aku juga banyak bercerita soal kehidupan dan berkongsi masalah kepada orang terdekat tapi masih di awangan. Akan tetapi aku percaya, jawapan itu sebenarnya ada dari dalam diri aku.

Aku tak pandai berpuitis, aku tak pandai basa basi, aku tak pandai tapis apa yang aku rasa. Aku juga bukan seorang yang jujur. Jadi terkadang aku terlepas perasaan sebenar.

Walaupun aku tidak lah mempunyai masalah yang terbesar atau ujian yang berat berbanding orang lain, tapi ada kala nya aku merasa tidak adil untuk punya perasaan serba salah, sedih berpanjangan dan berfikiran negatif setiap masa. Nama juga hamba, tidak kah sayang nya Allah kepada hamba nya jika dia tidak mendatangkan ujian dan musibah untuk hamba nya hadapi?

Semakin meningkat umur, semaki hari semakin rasa empati terhadap orang besar. Terkadang aku gagal melindungi dan meletakkan perasaan aku sebagai benda yang utama. Aku terlalu ingin mendalami apa orang lain rasa dan fikir tentang benda yang aku tak patut ambil tahu pon. 


End of February 2025 writing.

Sekali lagi gagal ya nak tulis entry full. Mungkin tiada masa tapi aku boleh curi masa. Terkadang malas weh. Lebih kepada "buat apa untuk aku tulis panjang-panjang tapi tiada guna". I devour my teenage time on blog. I love write and yapping on something I didn't mean. Tapi benar seperti bio sebelah ni "Semakin tua, semakin tiada kata-kata". Bagaimana ye sesuatu yang aku suka dan cinta untuk buat suatu ketika dahulu kini bore me so much? I mean "writing is not something that great comes from me". Bukannya seniman mahupun ada vocabs yang sangat hebat.

Anyway, to summarize my 2024 is not so great. Back in July 2024, I lost someone dearest to me. Meh aku bagitau yang this is not your cliche break up story you can hop on internet. Anxiety? Depression? Semua tu makanan aku masatu. Siapa sangka, petang tu hari terakhir aku jogging bersama dia? Siapa sangka, petang tu ada last "selfie bodoh" dengan dia? Siapa sangka pagi tu adalah "bye bye" yang last untuk dia dari aku?

Aku tengok jam, dah pukol 9. Aku whatsapp dia tanya dia lambat masuk kerja ke. Dia tak reply, mungkin busy dengan hantar kereta sewa. 9.30 pagi, aku cuba lagi. Whatsapp dan call. Tak berjawab. 10 pagi aku dah start risau. 10.30 pagi lagi risau. Bertubi call semua orang tanya bila last nampak dia. Aku bagai nak gila risau. Aku ni cengeng tau, mudah sangat nangis. Takut dia accident tapi orang taktau dia accident. Dekat jam 11 pagi aku keluar pergi cari dia dengan rakan sekerja.

You know what I regret the most? Aku masuk ke kawasan lelaki tu. Aku nampak kereta dia pagi tu but Im so stupid can't even remember his plate number. She might be in the car. Her remains might be perfect and can be recognize by us. But I chose not to barge in, I chose to balik cause I sense danger. I really dont want to put us in difficult situation. Nangis, risau, semua penyesalan ceroboh masuk ke minda. Pergi balai untuk laporkan kehilangan. Tapi tak boleh kena tunggu 24 hours and she's over 18 years old, old enough to be take care of herself. If she chose to lari dengan boyfriend dia, polis cant do anything.

Here's the thought, how they are so entitled and confident saying that someone I really know will ikut some other jantan to lari? Besides, you said so she's over 18 years old. To pull some kind of sick joke as this. Dia budak perantauan dan dia nak lari rumah dari siapa? You know what I think? I think nothing. I was overflowing with emotions, (desperate, sad, anger, helpless) I can't even stand for her. All I can think that she's somewhere in the dark, waiting to be saved by us, scared to the point that she peed. I didnt go home, I love eat but for some reason I have no desire to eat. Ah, thats how people feel when you dont want to eat duhh.

It was police suggestion to viralkan to groups and socmed. My number was all over the internet that time. And obviously tons of messages I receive but not a single one know her whereabout. Same day, evening the guy call me asking to not involve him. I mean why shouldnt I? He is the last person that she's gonna see before she went missing. He told tons amount of sobbing story on how she ruins him and his family. And I of course try to feel empathy for him cause I know the story behind but how far is the facts? Then all of sudden he utters lie. Yes, all the empathy went shatters in the blink of eye. I realize he is nothing but a manipulative man. I provoke him saying "semua yang kau cerita ni kalau kau rasa betul tu terpulang pada kau. tapi aku akan percaya apa yang aku sendiri nampak. aku baca conversation whatsapp kau dengan dia". He stumble obviously. He even ask me what I saw but I didnt disclose which part. He lost words, realize he mess up. Knowing well she is very private person and he thought I didnt know.

I didnt meet up with him but other acquaintance meet him. He told them lies after lies exactly what he told me. I felt very disgusted with him at that time. No amount of bad words I can describe about him.

Manusia jenis apa kau ni?

5 days of searching without sleeping on my comfort bed, I finally decided to go home. Omw home I watch beautiful sunset. Strange. Feel so calm. Reminds me of her. She loves to take pictures of beautiful sunset. Naturally I said "kita tengah tengok sunset yang sama ke?" Maghrib, lepas tu masuk isyak, pecah whatsapp aku. Keluar news about her. Am I dreaming? Tak senang duduk, nangis, gigit kuku, tak boleh nak tunggu. But wait, kenapa dekat dengan rumah? Aku nak cari kat mana? There was no sign whatsoever. Aku tunggu 10 minit, semua decide nak gather around. Aku tak de lah gila nak cari kat area tu, aku terus pergi berkumpul dulu. Orang banyak call, message tanya benda sama. Aku takde jawapan. Aku taktau. Aku memang taktau. I felt sorry for most of her friends, jauh-jauh sana risau tunggu berita. Tapi aku taktau. Aku tak boleh reply satu-satu. Friends call me asking me "betul ke?" and cry. Me? I cry harder.

Sakit dada. Sakit kepala. Told you it was my greatest heartbreak. Even greater than my exes. I call my workmate tell her I was going to pick her up. I share my live location to family just in case. My mom call tell me not to go anywhere but I cry begging her I have to go and not to worry because I will. Despite being dangerous and worry my mom ultimately let me go. Believe me, it was no joke. I felt like I'm dreaming. I replay the news all over my head, then aku teringat memory tentang dia. Her smile, manja, night drive, casual activities. I lost half of my life, my routine and my habit. I saw her pictures. I didnt see her face. Its bad.

Tau tak apa yang mess up? Malam tu aku tak balik rumah, aku tidur kat rumah sewa kawan. Tak boleh tidur. Aku takut dia datang dalam mimpi. Kenapa aku takut? Aku bukan ada buat salah. Aku takut dia duduk kat corner bilik tu mintak tolong aku. Panggil aku. Haih syaitan. Kenapa menghasut aku ye dengan rasa takut? Aku takde salah, tapi sedih dan takut bercampur baur. Baca whatsapp kawan, baca whatsapp group, terimbas kembali dari hari pertama aku mencari. Aku ingat setiap detik cemas, penat, air mata yang keluar sewaktu pencarian. Tidur tak tenang, makan tak lalu, masa habis atas jalan, masa habis di balai.

Its eventually draining my mental and physical do. I can't have my own opinion, I can't say anything to the internet. Aku sampai tak kisah apa orang cakap kat tiktok, "Dia kawannya, jumpa dekat dengan rumah dia, mesti lah dia yang b*n*h"". Family dan kawan back up aku. Tapi aku diam seribu bahasa. Sebab? Benda tu tak penting. Aku tak terguris sikit pon or affected by that words. Tapi aku pon pelik, selalu nya benda macam tu aku akan terasa. Hahaha. Internet so scary people just keep on yapping on the topics they didnt know or familiar with. They just listen to other people and believe them than her friends or family yang rapat dengan mangsa.

Tiada siapa yang paksa kita untuk berada dalam keadaan macam ni. Bagi aku, aku terpaksa. Aku terpaksa sedih, terpaksa ingat, terpaksa jangan cakap. Nak pergi kerja, pergi balik ulang-alik bukan senang. Rasa tak selesa duduk kat luar sepanjang hari tinggalkan kerja. Dipaksa flashback semula semua benda yang aku tau. Pressure nya jadi saksi. Sakit nya dada dan otak bila imbas semula semua kenangan , hal-hal pasal dia. Rasa nak jerit, tempik, maki semua orang. 

Tak cerita lagi masa buat pengesahan barang-barang dia. Baju, seluar yang dia pakai. Bila dah nampak rasa nak nangis on the spot. Tapi terpaksa kena kuat. Tak boleh cengeng. Pengesahan body paling aku takut. Dia ada kat tempat dijumpai tu 5 hari kemudian dalam air. Aku tak boleh bayang keadaan dia macam mana.

Pergi pulak Hospital Sungai Buloh, aku kat luar dengan kawan-kawan. Dia dekat dalam. Kawan dia yang jauh pon menitip salam. Aku yang berada depan pintu rasa takut. Takut wajah realiti nya aku akan terbayang dalam tidur. Jahat nya aku ye? I thought the worse shape of her. How am I not a selfish brat?

Aku sebenarnya dulu susah tidur dalam gelap atau tidur tak pakai penutup mata. Sejak dah renovate rumah, aku tak pakai dah penutup mata. Aku tidur dengan aman. After latest tragedy, aku bukak lampu kecil, I cover myself with blanket or cover my eyes with pillow. Aku takut masa aku paling senang ditakuti, syaitan datang menyerupai dia. Takut dia datang dalam bentuk keadaan yang aku tak boleh bayang. 

____________________________

I think I may have to cut this post for now. Jika ada kelapangan aku untuk menulis, aku akan sambung tragedi ni. Mungkin korang boleh agak aku tulis pasal siapa. Kenapa aku tak tulis nama? Sebab taknak engage dengan search dari google or any platform search. Ytjt. Bye all x

Comments