dihujung

May 22, 2026
Tau tak? Aku selalu rasa aku fikirkan perasaan orang sekeliling aku sampai lah bila aku nak selfish, semua memandang aku dengan tajam. Seolah aku tak layak untuk tidak bersependapat dengan mereka. Seolah aku tak patut mempunyai perasaan. Mana tak nya

Sejak aku kecil aku dibesarkan oleh kedua atok ku di kampung. While my mom berada di bandaraya mencari sesuap nasi untuk kami dua beradik. Aku bersyukur dibesarkan oleh mereka berdua tapi ada satu perkara aku tak dapat buat sepanjang mereka hidup iaitu keluar rumah untuk bermain. Punya lah sayang dan garang, diorang tak bagi main basikal, berlari luar rumah, takut kami berdua jatuh. I once jatuh masa tadika dan kain tu terkoyak di bahagian lutut, obviously lutut luka. Sampai rumah tak bagitau mereka sebab takut kena marah sebab tak dengar cakap.


To be honest, I never get to experience a cliche mom figure just like anybody elses. While my other classmates sibuk bercerita, mak diorang masak ni untuk breakfast, hanta diorang ke sekolah, aku hanya mampu cakap "Mak aku kerja dibandar" then another question pop from one of my friend "Yang selalu hantar kau pergi sekolah tu ayah kau ke?"

"Tak. Tapi dia aku anggap sebagai ayah tapi kenapa aku panggil dia Tik?" Mengomel aku dalam hati tanpa balas soalan kawan aku tu. Aku bukan try nak buat novel sekarang ni ye.

Shu, 15 Dec 2025

_________________________________________________________

Sekarang sudah dihujung Mei 2026. Aku masih tak mampu menghabiskan 1 blog post yang lengkap. Bila aku bersemangat tulis, dihujung nya aku malas menaip dan aku terlupa apa isi penting aku nak sampaikan. Tapi tak mengapa. Sekarang aku sudah menjadi tunangan orang. InshaAllah tahun depan aku akan menjadi isteri orang. Kekok rasanya. Sebab aku pernah utarkan kepada seseorang aku takkan bahagia dan jumpa lelaki lain. Masa tu aku rasa aku memang berada di bawah tanah rendahnya. Tak sangka sejauh ini aku bahagia disamping seorang lelaki.

Semoga ada bahagia buat Shuhaida dan pasangannya. I love everything about him and not going to lose that "nikmat" at this moment. 

Oktober

October 9, 2025

Assalamualaikum wbt,

Asal nya nak tulis entry baru tentang aku pergi bercuti pada ogos dan september. Entah mengapa hilang kata-kata. Jadi aku buat keputusan untuk tulis entry pendek ini. Mungkin tidak kesampaian untuk aku menulis apa yang terjadi seluruh hidup ku setiap bulan. Harap nya dengan ada nya masa terluang pada waktu malam, aku dapat curi serba sedikit masa.

Entah mengapa kebelakangan ini aku macam rasa aku seperti villain. Aku taktau aku layak ke panggil diri sendiri villain. Aku dah ada perspektif yang lain dan semakin dewasa aku boleh faham apa yang dirasakan oleh antagonis dalam Kdrama mau pun cerita melayu. Walaupon aku merasakan cerita melayu tu mungkin berlebihan sikapnya tapi at some point I can relate to them. Keadaan memaksa kita untuk mementingkan diri walaupon kita kuat rasa empati.

Macam dah tiba masanya untuk aku pentingkan diri. Sebab tak da siapa peduli kalau aku ambil hati diorang. Adakah perkara tu adil kalau you seek for a friend that you can trust tapi kau tak cerminkan dulu diri kau? You know, to earn someone's believe mungkin susah untuk sesetengah orang. Tapi aku pegang kata-kata pujangga kartun aku tak ingat petikan dari mana

Memusnahkan kepercayaan aku itu salah aku sendiri sebab aku yang memilih kau untuk aku percaya.

Tapi entah kenapa kali ni aku tak kesal memecahkan kepercayaan sebab untuk kesekian kali nya kepercayaan aku juga musnah. Sekarang ni memang pakai cakap je tak fikir orang. I choose me if I ever need have to choose again.

Btw, congrats to me sebab buat loan lagi. Kalini beli pc pulak. Harap-harap boleh bantu serba sedikit pendapatan tepi. Sekian, terima kasih.

lol, shu.

Sebenarnya......

August 24, 2025

 Assalamualaikum wbt

Its not long after my recent post kan? I have the urge to write something. Actually I miss my old me in this space. I wrote as if it was not a big deal. I loss the passion I own. Lately Im not sure if I want something. Im not sure if I deserve to have something. Im not sure if I deserve to be happy. I question myself literally everyday. But umm sorry for the yap.

I was planning to continue the 2024's summary but it got me thinking what if I dont deserve to write about it? You see it wasnt just my story to tell. Im not the main character to tell the story. But life's so unfair. Rasa bersalah, it never left me at all. Aku masih dibelenggu apa yang terjadi. Whats most terrible is how my surrounding would adapt. 

Banyak kata yang aku tak patut ucap, banyak perkara I am holding rn. I glued myself back to back it wasnt easy. To be a prime witness, to have to remember all the word, to have to know and never tell single soul. My feeling is everywhere. Damn literally.

"Kau okay ke?"

"Kenapa jadi macam tu?" 

Siapa yang betul-betul kenal aku, mesti tau aku ni over-sharing. But Im not anymore. Not after that particular reason.  Aku dah berubah. Dari cerita semua benda penting dekat orang yang aku suka to lupakan je lah. Maybe ah sebab aku rasa orang mesti tak peduli. Siapa nak layan cerita benda sama tiap-tiap hari. Im not even a family why would I overreact eh?

Dia, aku kenal dari September, 2023. Masatu tengok dia? Lawa. Tapi aku tak pernah ambik pusing. Untuk berkawan dengan dia jauh sekali. Sebab dia berkawan dengan orang yang aku tak suka. Siapa lah aku untuk control semua orang nak berkawan dengan siapa? Aku biarkan.

"bawa mannequin"

Begitu lah first event diluar. Aku tetap asingkan diri. Sebab aku ni awkward. Tak pandai bergaul. Diorang gelak, aku senyum, Tiba-tiba aku diletakkan berdekatan meja dia. Setiap hari tengok dia. Jauh tapi cukup untuk bersembang dengan dia hari-hari.

"Cikgu suruh ambik gambar tudung" "Jom lah keluar" 

Kenapa aku setuju keluar? Entah. Tapi tak awkward keluar berdua walaupon tak kenal. Mula-mula keluar dekat dengan kedai. Lama-lama hujung dunia sana ajak ambik gambar. Lepastu aku paksa dia cerita. Dia cerita, aku kesian. Aku bagi comfort words. Tu rahsia pertama dia yang aku simpan. Tapi jangan la seronok. Sebab rahsia tu bukan pasal botak tak guna tu.

Kecil betul perkara yang dia buat. Contoh kalau aku kata aku nak balik rumah mak aku esok, dia akan ingat whatsapp "Kak Ida dah sampai ke?" secara tiba-tiba. One time, she saw my car outside cafe. And let me be clear we wasnt friends that time. Dia snap gambar kereta aku tanya "makan ker tu?". Random nya lahai. 

Kadang-kadang it left me thinking, what makes her think to befriend of me was a good idea? Im harsh on some people. I get anger quickly before you know. Somehow we manage to get through everyday. Every morning we go 7e, I bought curry puff chicken curry. She, one day taste that curry puff then decided to get the same curry puff once a day. I mean, great. I influence her to like my stuff. I pitch some ideas to make contents on socmed and she made it. Dia manja. Sangat manja, sampai aku anggap dia adik sendiri. One of her friend did say she didnt get manja when the friend around her. In fact she act like older sister to her friend. 

Like me, she also the youngest in her family. I think we clique very much by that fact. And in fact, we talk a lot about people we both dont like. Suka lah ada orang yang setuju apa yang kita kata. Dia baik dengan semua orang. Dia berkebolehan. Dia guna apa yang dia tau dan belajar untuk dia survive. Dia berdikari, dia duduk sini sebatang kara je. Dia akan call mak dia, nenek dia di mana je dia berada. Hanta duit ke family dari hasil kerja part time. Aku? Aku  pon tak sehebat dan serajin itu. 

"Sepanjang mimpi tu dia asyik senyum je"

Rindu ye. Siapa tidak rindu? Sosok tubuh yang ada di sebelah meja setiap hari. Pasang lagu kegemaran dia. Tapi sampah lah. Siapa? Aku lah tu. Untuk orang pengecut macam aku. Satu malam tak tidur sebab takut dia datang dalam mimpi. One of her other friends cakap ada beberapa kawan dekat dah mimpi pasal dia. She's so happy in that dream. Teringat kata-kata dia:

"Nak datang sini lagi, sebab rasa macam balik kampung sendiri"

Dan aku pon berjanji nak ikut dia datang sana lagi. Kawan-kawan dia ramai di sana. Sebab tu dia seronok. Kat sini tak seronok, sebab ada aku rasanya. Aku tak salah kan dia kalau dia tak datang dalam mimpi-mimpi aku. Malah aku sempat bermimpi dia, dia tidak lah happy, tidak juga marah. Dia seperti biasa, pegang phone dan balas Whatsapp customer. Rakan sekerja yang mengganti tempat dia, tak pernah jumpa dia. Tapi bermimpi pasal dia. Duduk di meja kerja, buat kerja seperti biasa. Hampir nak bagitau "terima kasih delete video-video tu". 

Aku tidak mengidamkan dia datang ke mimpi aku kalau dia membenci aku. Aku rasa tak layak nak tengok senyuman tu sekali lagi. What brokes me the most, I still see her when I go to work, when I sit in my car and even when Im standing in 7e I could hear her shounting, "Kak Ida! Nak karipap Curry!". I wasnt myself for few months. I hold myself everyday not to post about her, not to post her pictures or even her videos. 

On top of that, I lost few friends. I do know someone taking advantages on this situation. A pick me. Oh I see. I have been through this situation. Smells like high school all over again. Been unfollow on ig by someone that have been through with me for 15 days. Irony how people changes.

"Saya janji kalau dah boleh pegi tengok dia, saya kejut akak. Kita terus pegi sama-sama" "Janji eh?" "Janji."

Untuk apa? Dari awal memang aku ni tak penting untuk jadi kawan long term. Dia juga singgah. Aku tak mau menuduh. Baru-baru ni aku baru je tau yang lagi sorang block aku from all socmed. And someone definitely berbanga with that result. AMBIL LAH SEMUANYA. Theres no any single thing that I own. Besides, my voice is not that important. Not important sampai korang semua tak nak datang untuk dengar dari side aku?

It is feel like hell.

Pains.

Feel likes someone stabs me from back. Right through my heart.

Anyway, thanks for reading. At the end of this post I just realize it doesnt matter anymore. It couldnt bring her back. Everything changes, people changes, feeling changes. It doesnt matter to anyone if Im hurt, people gonna toss what I actually felt. I actually glued myself again and again till theres no hole to occupied. It may seems fragile, but I will definitely come back stronger.

Fun post soon? x

My 2024's Summary

August 14, 2025

Assalamualaikum wbt.

Sebenarnya aku rasa aku mempunyai tanggungjawab untuk menulis post baru untuk kali ni. Cuma aku tak tau masa yang sesuai untuk aku menulis. Terlampau banyak kekangan seperti tiada laptop dan tiada platform direct ke blogger untuk aku menulis. Aku ingat diri aku yang dulu suka menulis walaupon hanya benda sia-sia. Aku juga suka membaca tapi kini buku hanya menatap aku jauh dari rak.

Tahun 2024 adalah bukan tahun yang mudah buat aku. Aku habis kan hampir separuh dari zaman 20-an aku dengan termenung, banyak berfikir dan mengekspektasi hal-hal yang buruk akan terjadi padaku. Aku juga banyak bercerita soal kehidupan dan berkongsi masalah kepada orang terdekat tapi masih di awangan. Akan tetapi aku percaya, jawapan itu sebenarnya ada dari dalam diri aku.

Aku tak pandai berpuitis, aku tak pandai basa basi, aku tak pandai tapis apa yang aku rasa. Aku juga bukan seorang yang jujur. Jadi terkadang aku terlepas perasaan sebenar.

Walaupun aku tidak lah mempunyai masalah yang terbesar atau ujian yang berat berbanding orang lain, tapi ada kala nya aku merasa tidak adil untuk punya perasaan serba salah, sedih berpanjangan dan berfikiran negatif setiap masa. Nama juga hamba, tidak kah sayang nya Allah kepada hamba nya jika dia tidak mendatangkan ujian dan musibah untuk hamba nya hadapi?

Semakin meningkat umur, semaki hari semakin rasa empati terhadap orang besar. Terkadang aku gagal melindungi dan meletakkan perasaan aku sebagai benda yang utama. Aku terlalu ingin mendalami apa orang lain rasa dan fikir tentang benda yang aku tak patut ambil tahu pon. 


End of February 2025 writing.

Sekali lagi gagal ya nak tulis entry full. Mungkin tiada masa tapi aku boleh curi masa. Terkadang malas weh. Lebih kepada "buat apa untuk aku tulis panjang-panjang tapi tiada guna". I devour my teenage time on blog. I love write and yapping on something I didn't mean. Tapi benar seperti bio sebelah ni "Semakin tua, semakin tiada kata-kata". Bagaimana ye sesuatu yang aku suka dan cinta untuk buat suatu ketika dahulu kini bore me so much? I mean "writing is not something that great comes from me". Bukannya seniman mahupun ada vocabs yang sangat hebat.

Anyway, to summarize my 2024 is not so great. Back in July 2024, I lost someone dearest to me. Meh aku bagitau yang this is not your cliche break up story you can hop on internet. Anxiety? Depression? Semua tu makanan aku masatu. Siapa sangka, petang tu hari terakhir aku jogging bersama dia? Siapa sangka, petang tu ada last "selfie bodoh" dengan dia? Siapa sangka pagi tu adalah "bye bye" yang last untuk dia dari aku?

Aku tengok jam, dah pukol 9. Aku whatsapp dia tanya dia lambat masuk kerja ke. Dia tak reply, mungkin busy dengan hantar kereta sewa. 9.30 pagi, aku cuba lagi. Whatsapp dan call. Tak berjawab. 10 pagi aku dah start risau. 10.30 pagi lagi risau. Bertubi call semua orang tanya bila last nampak dia. Aku bagai nak gila risau. Aku ni cengeng tau, mudah sangat nangis. Takut dia accident tapi orang taktau dia accident. Dekat jam 11 pagi aku keluar pergi cari dia dengan rakan sekerja.

You know what I regret the most? Aku masuk ke kawasan lelaki tu. Aku nampak kereta dia pagi tu but Im so stupid can't even remember his plate number. She might be in the car. Her remains might be perfect and can be recognize by us. But I chose not to barge in, I chose to balik cause I sense danger. I really dont want to put us in difficult situation. Nangis, risau, semua penyesalan ceroboh masuk ke minda. Pergi balai untuk laporkan kehilangan. Tapi tak boleh kena tunggu 24 hours and she's over 18 years old, old enough to be take care of herself. If she chose to lari dengan boyfriend dia, polis cant do anything.

Here's the thought, how they are so entitled and confident saying that someone I really know will ikut some other jantan to lari? Besides, you said so she's over 18 years old. To pull some kind of sick joke as this. Dia budak perantauan dan dia nak lari rumah dari siapa? You know what I think? I think nothing. I was overflowing with emotions, (desperate, sad, anger, helpless) I can't even stand for her. All I can think that she's somewhere in the dark, waiting to be saved by us, scared to the point that she peed. I didnt go home, I love eat but for some reason I have no desire to eat. Ah, thats how people feel when you dont want to eat duhh.

It was police suggestion to viralkan to groups and socmed. My number was all over the internet that time. And obviously tons of messages I receive but not a single one know her whereabout. Same day, evening the guy call me asking to not involve him. I mean why shouldnt I? He is the last person that she's gonna see before she went missing. He told tons amount of sobbing story on how she ruins him and his family. And I of course try to feel empathy for him cause I know the story behind but how far is the facts? Then all of sudden he utters lie. Yes, all the empathy went shatters in the blink of eye. I realize he is nothing but a manipulative man. I provoke him saying "semua yang kau cerita ni kalau kau rasa betul tu terpulang pada kau. tapi aku akan percaya apa yang aku sendiri nampak. aku baca conversation whatsapp kau dengan dia". He stumble obviously. He even ask me what I saw but I didnt disclose which part. He lost words, realize he mess up. Knowing well she is very private person and he thought I didnt know.

I didnt meet up with him but other acquaintance meet him. He told them lies after lies exactly what he told me. I felt very disgusted with him at that time. No amount of bad words I can describe about him.

Manusia jenis apa kau ni?

5 days of searching without sleeping on my comfort bed, I finally decided to go home. Omw home I watch beautiful sunset. Strange. Feel so calm. Reminds me of her. She loves to take pictures of beautiful sunset. Naturally I said "kita tengah tengok sunset yang sama ke?" Maghrib, lepas tu masuk isyak, pecah whatsapp aku. Keluar news about her. Am I dreaming? Tak senang duduk, nangis, gigit kuku, tak boleh nak tunggu. But wait, kenapa dekat dengan rumah? Aku nak cari kat mana? There was no sign whatsoever. Aku tunggu 10 minit, semua decide nak gather around. Aku tak de lah gila nak cari kat area tu, aku terus pergi berkumpul dulu. Orang banyak call, message tanya benda sama. Aku takde jawapan. Aku taktau. Aku memang taktau. I felt sorry for most of her friends, jauh-jauh sana risau tunggu berita. Tapi aku taktau. Aku tak boleh reply satu-satu. Friends call me asking me "betul ke?" and cry. Me? I cry harder.

Sakit dada. Sakit kepala. Told you it was my greatest heartbreak. Even greater than my exes. I call my workmate tell her I was going to pick her up. I share my live location to family just in case. My mom call tell me not to go anywhere but I cry begging her I have to go and not to worry because I will. Despite being dangerous and worry my mom ultimately let me go. Believe me, it was no joke. I felt like I'm dreaming. I replay the news all over my head, then aku teringat memory tentang dia. Her smile, manja, night drive, casual activities. I lost half of my life, my routine and my habit. I saw her pictures. I didnt see her face. Its bad.

Tau tak apa yang mess up? Malam tu aku tak balik rumah, aku tidur kat rumah sewa kawan. Tak boleh tidur. Aku takut dia datang dalam mimpi. Kenapa aku takut? Aku bukan ada buat salah. Aku takut dia duduk kat corner bilik tu mintak tolong aku. Panggil aku. Haih syaitan. Kenapa menghasut aku ye dengan rasa takut? Aku takde salah, tapi sedih dan takut bercampur baur. Baca whatsapp kawan, baca whatsapp group, terimbas kembali dari hari pertama aku mencari. Aku ingat setiap detik cemas, penat, air mata yang keluar sewaktu pencarian. Tidur tak tenang, makan tak lalu, masa habis atas jalan, masa habis di balai.

Its eventually draining my mental and physical do. I can't have my own opinion, I can't say anything to the internet. Aku sampai tak kisah apa orang cakap kat tiktok, "Dia kawannya, jumpa dekat dengan rumah dia, mesti lah dia yang b*n*h"". Family dan kawan back up aku. Tapi aku diam seribu bahasa. Sebab? Benda tu tak penting. Aku tak terguris sikit pon or affected by that words. Tapi aku pon pelik, selalu nya benda macam tu aku akan terasa. Hahaha. Internet so scary people just keep on yapping on the topics they didnt know or familiar with. They just listen to other people and believe them than her friends or family yang rapat dengan mangsa.

Tiada siapa yang paksa kita untuk berada dalam keadaan macam ni. Bagi aku, aku terpaksa. Aku terpaksa sedih, terpaksa ingat, terpaksa jangan cakap. Nak pergi kerja, pergi balik ulang-alik bukan senang. Rasa tak selesa duduk kat luar sepanjang hari tinggalkan kerja. Dipaksa flashback semula semua benda yang aku tau. Pressure nya jadi saksi. Sakit nya dada dan otak bila imbas semula semua kenangan , hal-hal pasal dia. Rasa nak jerit, tempik, maki semua orang. 

Tak cerita lagi masa buat pengesahan barang-barang dia. Baju, seluar yang dia pakai. Bila dah nampak rasa nak nangis on the spot. Tapi terpaksa kena kuat. Tak boleh cengeng. Pengesahan body paling aku takut. Dia ada kat tempat dijumpai tu 5 hari kemudian dalam air. Aku tak boleh bayang keadaan dia macam mana.

Pergi pulak Hospital Sungai Buloh, aku kat luar dengan kawan-kawan. Dia dekat dalam. Kawan dia yang jauh pon menitip salam. Aku yang berada depan pintu rasa takut. Takut wajah realiti nya aku akan terbayang dalam tidur. Jahat nya aku ye? I thought the worse shape of her. How am I not a selfish brat?

Aku sebenarnya dulu susah tidur dalam gelap atau tidur tak pakai penutup mata. Sejak dah renovate rumah, aku tak pakai dah penutup mata. Aku tidur dengan aman. After latest tragedy, aku bukak lampu kecil, I cover myself with blanket or cover my eyes with pillow. Aku takut masa aku paling senang ditakuti, syaitan datang menyerupai dia. Takut dia datang dalam bentuk keadaan yang aku tak boleh bayang. 

____________________________

I think I may have to cut this post for now. Jika ada kelapangan aku untuk menulis, aku akan sambung tragedi ni. Mungkin korang boleh agak aku tulis pasal siapa. Kenapa aku tak tulis nama? Sebab taknak engage dengan search dari google or any platform search. Ytjt. Bye all x

Sekian lama

April 21, 2024

Assalamualaikum wbt. 

Akhirnya setelah sekian lama aku tidak bersiaran. Ada jugak semangat nak tulis malam ni (mungkin ada tengok dulu macam mana). Mungkin sudah lanjut umur jadi tidak macam masa muda dulu yang mudah berkongsi itu dan ini. Baru-baru ni sudah bertambah usia. Dah umur 19 ye (muka memang macam mak orang).

Aku mungkin sihat fizikal. Tetapi baru-baru ni aku rasa mental aku tidak sekuat yang aku sangka. Emosi ku dah tak boleh dikawal. Nak cakap “puberty hits me” pon bukan. Nak cakap fasa memberontak pon bukannya remaja lagi. Mungkin semasa remaja tak pernah merasa memberontak (ade je kot). 

Sepanjang aku dah meningkat dewasa aku banyak memendam rasa. Banyak yang disimpan dari yang terkeluar. Dulu aku ada blog ni mungkin aku lempias kan marah dan kesedihan dalam ni. Tapi beberapa tahun tinggalkan penulisan blog ni hari hari aku sama je (acah je cam lain) cuma tak de tempat meluah gitu. 

Bukan nak ajak umpat ke apa dalam ni. Mungkin dengan menulis aku boleh lari dari realiti sama seperti apa yang aku buat zaman remaja. Aku ada main game. PUBG Mobile sudah ku cuba, tapi banyak bonar budak toxic saban tahun aku bermain. Akhirnya aku bagi kawan maya aku je pegang. Beribu gak habis pada benda yang diatas awan ni. 

Sekarang masih active game mobile. Siapa2 in case jumpa entry ni, cuba lah komen bawah manatau kita boleh main sama2. Sekarang aku active Genshin Impact dan Dead By Daylight Mobile (takde masa lagi nak beli kat steam tunggu lah ada pc sedap sikit).

Impian aku nak main macam2 tapi itu lah kawan takde. Social life aku merosot sangat lepas dah bersara dari pubg ni ewah. Aku ni mudah benar rasa sunyi nya :(

Okay lah. Itu saja penulisan harini. Nanti kalau rajin aku tulis lagi. Peace (y)





Mungkin sudah kembali

April 15, 2024

 


Hello,

Memang saja tulis nak cakap, I maybe back to write. Even though no one's reading. Semoga ada kekuatan dan tenaga dari air lemuju untuk rajin menulis. I wonder where the hell the semangat dulu-dulu berhijrah.

Welcome back SHUHAIDA SOLEH!

ps: If you do found me, you can follow me
ig @shd.s0
tiktok @yojaexx

Hi

May 6, 2015

Assalamualaikum 안녕하세요 你好
Hai dah lama tak update blog. Dah berapa bulan agaknye? Tak kisah lah. Orang nak bace ke tak bukan urusan aku. Dalam few months ni macam2 jadi lah. Dengan nak prepare utk form 6. Dgn tunggu surat yg tak mai2 pon. Herrr serious part surat tu mmg aku sakit hati tak terkata sebab surat satu pon tak sampai macam pa gi kot. Haih takpe lah. 

Anyway there's another good news for me!

Now im officially an iphone users! 

Tapi kelemahan iphone sebenarnya aku kene download lagu pakai itunes. Duhh. Mmg frust tahap cipan ahh. Dah tau dah iphone mcm ni so aku nak buat idea jahat dengan transfer lagu dari laptop ke iphone. Ternyata iphone lagi pandai dari aku. Tak boleh transfer kot. Haih. Nightmare jugak tapi aku tak nyesal beli iphone. Sebab aku bleh download macam2 hahaha *nampak tak kebengapan disini*

So aku memang lama cari phone yang mempunyai keluasan internal storage. Aku ada banyak media sosial nak buat atas alasan guwa yang tersendiri. And aku pon dah tak guna wechat. Tupon ada alasan jugak.

Nak cerita dalam ni pon tak boleh sebab takda sapa faham aku. Yelah benda lama nak ungkit. Aku pon sakit kepala bila ingat balik. Diorang memang tak penah faham kalau tak alami sendiri. So I decided for not using wechat anymore. Sekarang dah ada line so sama ja function nye *bangga*

Anyway semalam aku check upu and aku dapat politeknik. Tapi hm taktau nak pegi ke tak. Dah dapat pon dok garu kepala lagi. Sebab? 

1. Shazlin tak dapat
2. Bukannya universiti

Shazlin frust sebab dia tak dapat upu. So aku kesian kan dia. Dia cakap punah harapan nak masuk U sama-sama. Hm sebenarnya aku 50/50 nak pegi poli ke tak. Nipon banyak sebab. Haih my countless reasons totally screwed me these days. Like seriously I'm giving up for live. Yahh i'm surrendering myself rn. 

Bila fikir balik aku memang banyak termenung dah berbulan-bulan. Belom lagi tambah ngan risau, gilanya fikirkan masalah sambung belajar. Aku tak sangka sesusah ni nak gi sambung. Should i die instead of continuing my study? 

Nampaknye kene buat istikharah lah gayanya. Hmm more update soon.

Bye. 


Ps. I'm typing this entry for three days. lulz






Ada benda sikit

March 29, 2015
Assalamualaikum dan salam satu MALAYSIA!

Walao excited dapat pegang keyboard balik untuk update blog kali ni. but mostly aku post memang tak membina macam takda faedah. blog ni pon aku buat suka2 untuk diri aku je. ceh nampak poyo tak ayat? tapi takpelah for upcoming months aku akan try post something yang membina sikit. sikit je tak banyak.

I'm slowly getting nervous sebab takde mende sampai rumah. result cun pon cun alhamdulillah tak fail. aku tak expect banyak. weh aku tengok surat atas nama aku punya jakun happy tak tau nak kata. at least bagi aku harapan ah tapi kalau dorg bagi surat pon aku tetap tunggu upu jugak. hebat tak aku? tapi its a bit confuse pasal nak attend course apa. eh betol ke ayat aku tu?

takde ah sebenarnya aku pening2 sendiri je. sebab yelah aku dah 18 so kene lah rational. im basically into arts tapi keadaan tak mengizinkan aku untuk pergi ke minat itu. so apa je yang ada yang terbaik aku ikot. okay rasional tak? lol

btw, haritu aku dah lapanbelastahun omaigoat. hari sabtu bertanggal 21 mac 2015 aku dah 18 and yeay aku dah selamat menamatkan zaman sekolah even imisssobadschool tapi aku kene terus pandang hadapan. eh apa aku cerita. haha. mase birthday aku mak ajak balik kampung jumpa akak. dah lama tak jumpa. last jumpa masa dia lawat aku kat plkn. hahaha gemuk tu gemuk dah. rinduuu tu banyak gila haha.

aku dapat satu call dari nom yang sangat familiar. tapi aku tak save no tu. aku terfikir macam aku penah tengok tapi kat mana apesal aku tak save? gila. lupa apa haritu tak sempat nak save contact no yang simpan dalam phone transfer ke sim balik pestu memandai je kau format. aku gila ruang masa tu aku kene buat sesuatu dengan galaxy y yg mahal ni agar aku tak campak ke mana2.

okay back to the topic. aku ada try call tapi dia tak agkat. aku gave up pastu clear log list. aku memang biasa buat macam ni supaya aku tak terus dibuai dengan tanda tanya. haha pestu pestu dia call lagi pagi tadi dua kali tapi aku tak angkat aku pon cam bengang apehal si gila ni misscall pulak? ade voicemail dari dia. dalam hati teringin nak tau.

aku dial 121 dengar pesanan dia. aku senyum, aku gelak.

lah bedebah kauu rupanya AKAK ingat siapa.

"dik.. aaaa....dikk....aaa takde apa... akak rindu ko... hahaha"

hahaha lawak tapi cute. aku cerita kat makcik aku dia gelakkan aje, sebab perangai dia memang macam2 punya stai. eh gerak dulu. aku ralit dari tadi pasai pa tah. berapa minggu dah duduk puchong entah bila nak balik espi. bye~

izinkan aku utk teghooobek muahahaha

nothing left

February 24, 2015
Assalamualaikum.
Lately banyak sangat benda yang buat aku stres. Pasal nak sambung belajar lagi. Masalah jugak sebab aku tak paham mak aku. Aku kesian tengok mak aku sorang2 kat Puchong. Tapi pada masa yang sama nak jimat duit lah. Kalau duduk ngan mak aku lagi ah banyak pakai duit dengan transportnye, tempat tinggal nya. So better aku dok sg petani dari duduk ngan mak aku (if you know actually I had always dream live with my mother but I can't because of this kind of situation.
Kebelakangan ni jugak ah aku asyik sensitif je. Orang cakap sikit nak sentap. Selalu aku okay. Yah memang okay tapi taktau ah semenjak balik PLKN jadi macam lembut hati agaknya haha. Aku rindu diorang agaknya (plkn). Ya Allah sesungguhnya aku rindu dorang sangat.
I was supposed to leave plkn on 14th of Feb tapi disebabkan bas tak cukup aku balik 15/2. Haha style tak? Budak alor setar ngan sg petani balik sehari lewat. Aku hantar kawan yang aku rapat semua balik 14 hb. Tu sedih tak terkata. Pain tak sempat peluk lama2. Dia nak bas. Dia nangis aku pon tak tahan. Nadia cam sado ja tak nangis. But then, yesss I make her cry. Masa parents dia nak sampai aku peluk dia erat. Sebab bila lagi aku nak peluk dia macam tu lagi? Sebab aku selalu peluk dia huhu. Pastu aku kata macam2 kat dia smbil nangis dalam pelukan. Tau tau dah nangis. Aku masa tu sedih gila semua nak tinggal aku. Paan pulak aku siap baring atas katil sementara nak tunggu parents dia datang. Dia dah balek dia msej aku kata baru dia terasa kehilangan kami bila dah jauh. Aku pon cam uish.
Kesimpulannya aku dengan yang lain kene tinggal sehari kt kem. Kami buat kem tu macam kami yang punya sebab dah takda orang! Lelaki pon sikit so aku bebas nak buat perangai gila2 aku. Masa tu ah dapat mesra dengan yang dh kenal. Pain pulak bagi aku semua biskut dia. Dia kata kesian budak yang balik sehari lewat. Malam sebelum balik dia hanta text buat aku nangis. Aku bangun tidur capai phone tengok mesej dia. Dalam hati aku bengong ah pagi2 dah buat aku nangis. Sampai aku dok sorg2 pagi tu aku nangis tau tak fikir macam mana lah lepas ni. Mesti rindu. Ya Allah aku tak nak semua ni berlaku! memang banyak benda aku fikir. Hm.
Btw sampai sekarang aku masih rindu plkn. Rindu nak urut nadia, rindu nak diurut, rindu nak dengar paan cakap "shushu", rindu nak dengar pain cakap "tak baik", rindu pain ngan paan kene kan nadiah pasal f&n. Ya Allah serious aku rindu semua. Masa terlalu singkat persahabatan kita tapi aku rsa macam bertahun kita bersama *cewah ayat aku* *lap hingus*
Sampai sini saja penulisan ku. Kalau rindu lagi aku buat puisi untuk plkn. Lol bye >_<

Masih menunggu.

January 24, 2015

Assalamualaikum & 안녕하세요!
Dah berape lame aku tinggal blog ni tah. Busy sgt dengan PLKN so that I tak berapa nak sempat nak update memandangkan I dah duduk dalam kawasan hutan so line tak berapa nak ada kat sini lah you. (bajet cam org nak bace blog die) Tapi takpalah aku dah update dah ni! Nak aku cerita dari first masuk memang tak boleh ah sebab ingatan tak berapa nak kuat untuk cerita semua yang berlaku kat sini.

Tapi okay ah memula dapat pegang jawatan ketua agama even aku masih lagi cetek pengetahuan dalam bab ni. Tapi ada gak yang support aku, tegur aku bile salah. Like seriously aku tenang duduk sini berkawan dengan budak yang aliran agama so that aku boleh lagi mendekatkan diri dengan Allah SWT. But then aku dapat jawatan ketua kepada ketua agama. So everytime whenever nak gerak gi surau kene lapor so aku akan cakap "ketua2 agama! Lapor!"  sure I will miss this. Setiap dorm ada ketua agama tapi aku yang akan ambik kekuatan then berapa yang ABC. Memule aku tak paham abc tu kejadah apa. But thanks to effa. "Allah Bagi Cuti" kalau tak aku dok nganga lah tak tau ape mksudnye.

At first tanggungjawab ni masih berat bagi aku. Sebab bab solat aku kene check semua cukup tak boleh lebih orang yang period. Yelah bayangkan aku sendiri malu dengan orang melayu sebab tak menghormati tempat ibadah sendiri. Yang lelaki nya asyik angkat tirau surau perempuan. Yang perempuan pon satu hal gediknye main surat, pegang tangan, sembang dalam surau dengan lelaki di sebalik tirai. Aku sampai tegur lelaki macam ni "kita orang melayu. Ada adab. Tolong hornat maruah kami yang perempuan ni". Ade sampai satu tahap aku nangis sebab terlalu sedih dengan perangai tak senonoh wira. Bila aku cakap cm ni diorang cakap, "pompuan ni dah gila ke ape. Ke kene rasuk hantu?" tak betol ke ape yang aku cakap? Ish

Pejam celik pejam celik lagi 3 minggu aku dah nak balik. Aku cam sedih ada happy pon ada. Sedih sebab nak tinggal kan nadia pain paan sister semua orang kot. Happy sebab dapat balik rumah. Banyak kenangan aku kat sini kot. Banyak happy kat sini lagi2 dengan kompeni sendiri (Alpha). Dari byk2  kompeni, kompeni aku banyak kali nyanyi lagu kompeni sendiri. Kompeni lain takde sebab dorang punya lagu panjang.

Biar jasa jadi kenangan,
Warna merah lambang kemegahan,
Kompeni alpha tempat sanjungan,
Program latihan khidmat negara.

Alpha! Alpha pantang kalah,
Walau sakit jatuh dan rebah,
Bangun lantas semula gagah,
Kompeni alpha pantang dicabar.

Haaaa senang je kan? Sapa yang tau rentak tu tau ah sebab orang kedah je tau. Hehehe.
Setakat ni jelah. Nanti rajin aku upload gambar. Boiii<3

Freedom.

November 29, 2014

안녕하세요 & Assalamualaikum.
Aku rasa cam tak percaya aku dah habes spm. Rase macam benda ni semua berlalu dengan cepat. Macam baru je minggu lepas dah masuk form1. Alhamdulillah dah selesai benda alah ni nak menghadap plkn pulak kennn? Btw, aku tak sabar + takut pon ada nak pegi plkn. Kenapa? Sebab.... Sebab... Takut orang tak suka. Hehe.

Disebabkan hari khamis aku dah bebas dari spm, so hari jumaat kami hang out reramai ke Amanjaya Mall. Main bowling dah dua round sampai sakit jari jemari guwa yg mulus ni. Pastu kami pegi 6D ambik yg roller coaster. Sumpah gila aku sebab dia bagi angin kat kaki aku so aku jadi geli ah. Dalam tu suara kitorg kuat jugak lah. Excited gila yang mengajak nye pon. Pastu kami melantak ke Marrybrown. Ain kata aku yang paling bersemangat makan kat situ. Memang lah sebab when its come to food, aku paling pelahap kat sini.

Lepastu kami naik pegi bilik karaoke. Kami ambik medium room dengan 3 jam dok melalak dalam tu. Disebabkan aku, hajar dengan faqihah je nyanyi, kami bertiga kongsi duit sorang RM20 bayar untuk 3jam. Pergh memang puas ah nyanyi 3jam sampai sakit punggung aku duduk saja kat depan skrin. Dengan sejuk nya pulak dalam tu aku tahan je lah kot nak buat cam ne. Faqihah cam bengang ah kenapa lagu korea subtitle tulis dalam hangul. Hahahah memang lah kawanku dah nama pon lagu korea.

Aku rasa cam xde benda yang menarik selain daripada aku hang out semalam. For those who get the plkn I wish you goodluck okay  I dapat panggilan pertama. Sapa tak dapat panggilan pertama mohon jelly okay?

See ya.
Assalamualaikum.
Love, ida.
Ig- shdslh

Otak bercelaru

November 10, 2014

아녕하세요 & Assalamualaikum.

Harini aku dah selesai penderitaan fikir pasal musuh aku iaitu sejarah. Nasib agak menyebelahi aku sebab aku boleh jawab tapi tak baik sangat lah macam org pandai. But I think I manage to pass the SPM. I hope so. I think I want to cry berbaldi-baldi apabila menggelabi baca soalan spot utk keluar tahun ni. Malam tadi buat discussion dekat whatsapp dengan kawan2. Ada Cikgu Bon (Jebon Afiqah) dan Cikgu Monyet (Intan) ajar kitorg kat sana. Banyak KBKK dalam paper 2 so aku jawab +ve statement tapi taktau betol ke tak. Aku rasa nak menangis buat kertas 1 tadi. Pastu Intan bagi jawapan kertas satu kat whatsapp. Check punya check dalam menibai benda tu ada lah dalam 23 soalan out of 40 yang aku betol. Alhamdulillah ler (y)

Tadi lepas habes paper 1, ada budak india panggil member aku syafiqah aku biarkan aje. Malas nak ambik tahu apa bebudak tu ckp. Lepas beli roti 2 biji kat kantin aku balik ke foyer untuk prepare kertas 2. Then syafiqah cuit aku. Aku pandang dia.

Dia: Weh tilages bagitau aku tadi yang Rakesh tiru kertas hang tadi. So dia mintak lepas ni hang tutup kertas hang k.
Tilages: *angguk* you tutup lah kertas you nanti.
Aku: (hati panas) alah jawapan aku bukannya betol sangat.
Dia: kalau hang tibai betoi cm na? Dapat kat dia betoi jugak
Aku: *speechless*

Like seriously, aku memang bengang kot pasal ni. Siapa tak marah kertas kene tiru. Aku tak rela kena tiru sebab yelah aku pon tak meniru dalam SPM. Aku mengaku memang aku perasan macam dia mengengdap dari tepi sebab dia duduk belah kanan aku and coincidencely yang dia kidal so memang dia akan pandang aku kalau tulis. Tadi aku memang cover habis kertas aku. Aku perasan gaya dia nak tiru; duduk tegak, mata dia pandang kertas aku. Aku beriya cover dengan kertas soalan kot. Obviously nampak jawapan aku panjang so dia agak bernafsu untuk meniru disebabkan jawapan aku panjang haha. Sesekali aku jeling kertas dia, dia dengan bangga tunjuk kertas dia kosong kat kawan dia. Nak buat lawak bodoh dia lah tu. Memang bodoh sngat. Habis je exam budak cina phey qin datang kat aku.

PheyQin: susah oo soalan tadi
Aku: *bisik* you tau ah Rakesh tengok kertas saya oh.
PheyQin: saya tau. Saya sudah lama nampak punya. You tak tutup you punya kertas. Jom bagitau pengawas.
Aku: *teragak2 nak pegi ke tak*
Pikah: pi ja lah habaq kat pengawas.

Chop. So dia nampak all this long budak tu tiru aku tapi dia tak bagi tau aku?! Aku sendiri tak perasan aku dedahkan kertas aku kenapa dia tak warning aku? Okay so cam ni aku cakap dengan pengawas.

Aku: errr cikgu jaga tak kelas kami untuk upcoming exam nanti
Dia: tengok keadaan lah. Kenapa?
Aku: Ada budak india duduk sebelah saya tiru saya.
Dia: yang mana?
PheyQin: dia tinggi2 punya
Dia: lah kenapa kamu tak tutup kertas kamu.
PheyQin: saya mmg syak dia meniru sebab dia selalu pegi tandas punya cikgu.
Dia: saya pon syak dia macam tu. Sebab tu cikgu pengawas lelaki ikot dia pegi tandas tengok kan dia.
Aku: kalau cikgu jaga kelas kami lagi, mintak cikgu tolong tengok kan dia kot2 nanti dia tiru lagi.
Dia: ha okay takpa. Sebab mmg kalau saya pndg dia, dia mmg tak pandang kertas awak.

Memang menyirap ah harini. Tau tak dah lepas kertas penting? BM , BI, Maths. Memang rezeki dia dapat tiru. Tapi sia2 usaha aku karang & buat semua tu sebab orang lain copy aku punya. Kurang ajar gila punya orang india. Intan kata "takpe nanti mesti dia dapat balasn dia". Hmm I hope so.

kak sepupu aku dah balik plkn. So harini aku cerita kat dia pasal mamat tu memandangkan org tu kawan dia kan. Lepas dah tengahari tadi stop cerita. Dia pon sebuk cerita pasal pakwe kat plkn. Sumpah excited sebab baru dapat no budak tu. Aku faham sangat. Petang tadi tah macam mana aku bleh cakap pasal matmat tu. Aku cakap lah aku text mamat tu selalu then suddenly dia tak reply message aku so aku bengang. Kemarin dia ada lalu rumah aku. As expected dia tak singgah sini. Aku taktau apa masalah dia.

Cousin: akak nk tanya kau suka dia tak?
Aku: suka lah. Sebab yelah hari2 text gurau2 dia pon cam best ja. Kenapa?
Cousin: xde ah akak igt kau tau suka dia
Aku: haritu akak ade cakap dengan kak ema suruh tgokkan adik dgn mamat tu.
Cousin: memang lah. Akak igt ko tak suka dia. Akak lama tau dia suka kau. Ramai budak kelas akak dia mintak couple tapi sorang pon tak mau terima dia. Kesian jugak lah tengok dia.
Aku: akak rasa dia betol ke suka adik?
Cousin: dia kalau suka, suka betol tau dak. Dia ni setia jugak. Dia kalau suka kat orang, dia akan dapat kan org tu. Tu lah kdang2 kesian org buat cam tu kat dia

Like seriously ini semua gila kot. Just imagine biar betol semua ni. Aku ingat dia larang tu sebab takut aku tak suka mamat tu. Dia tau mamat tu lama dah suka aku sebab kalau dia layan perempuan maknanya dia suka perempuan tu. Haha aku taktau lah pulak. Tapi sekarang aku taktau masalah dia tak reply message. Dia update wechat tak bersalah dia je lah. Dah lah. Malas nak fikir. Dia kata nak try message org tu kot2 lah balas. Hahaha ikot je lah.

Terpanjang pulak cerita harini. Hehe 미안해요 >_< so nukilan harini sampai sini je lah k. Hihi
Assalamualaikum x
- ig; shdslh

Berjuang habis-habisan

November 2, 2014

안녕하세요 & Assalamualaikum!
Ehem. Saya, Nur Shuhaida Binti Mohd Soleh ingin menyusun sepuluh jari tangan dan kaki ingin meminta maaf andai kata terkasar bahasa, terlanjur kata, bergurau dalam tahap yang dikatakan kasar. Aku nak SPM so muanasabah aku nak mintak maaf dengan readers and I'm hoping you guys boleh doakan aku buat yang terbaik dalam SPM. Even aku tak pandai macam budak SBP, tapi aku nak sangat dapat banyak 'A'. Dapat 7A bagus lah tu sebab sejarah aku tak mengharap tinggi sangat. Nyawa2 ikan untuk sejarah. Aku harap lulus. Aku rasa nak nangis berbaldi berbesen bila fikir apa aku nak buat dgn sejarah? Boleh ke aku buat?  Aku kene yakin! Sebab tu aku mintak semua org doa aku lulus. Name je pandai math tapi sejarah? Uhuks.

So esok aku akan pergi medan perang. Aku kene berjuang jugak even tak ready. Kene ready kan apa yg tak ready. (bahasa apa kau ni?) So hari2 terakhir sekolah budak2 berani bawak phone selfie dengan cikgu bagai. Cikgu pon redha kan aje sebab dia pon selfie sama. Agaknya faham our last day kat smkdbs sebab masa SPM tak bleh bawak phone. Cikgu kelas aku semua sporting sebab budak cina semua ajak tangkap gambar. Aku rpat dengan sesetgh budak cina. Yg lawa2 tu aku awkward nak cakap. So bila diorang kata mai selfie sekali, aku cam malu2 kucing tapi dalam hati nak sangat selfie dengan diorang. Hahaha (perangai tak berapa semenggah)

Tadi kitorg lari dari ceramah BM yg cukop untuk buat budak2 mengantuk gila babun but we manage to run away frm the foyer. Kitorang lari bukan tak belajar! Kami pegi surau sbb attend kelas pendidikan Islam. Disebabkan masa balik cikgu semua ada meeting, so ustazah tpaksa batalkan kelas tmbahan. Tapi nasib sempat buat kelas tambahan. Dahnak balik, salam ustazah. Peluk tiga kali seorang. Nangis. Mata ngan hidung merah. Ustazah pon nangis. Aku tahan je. Tak nangis. Aku kan sado. Haha. Kawan2 semua nangis. Cepatnya nak berpisah. Lepas exam, tak dapat nak gelak dalam kelas macam selalu.

Congrates kat Kasih (kucing) sebab dah melahirkan 3 kembar yang sangat comel! Tak sabar nak tunggu diorang besarrrrrrr.

Assalamualaikum xx.
-ig, Shdslh <3

Macam mana nak eja 'BORING'?

October 24, 2014

아녕하세요 & Assalamualaikum.
Aku taktau lah kenapa tengah2 malam pon masih lagi menaip. Maybe aku dah terlalu boring kot. Sepanjang cuti ni aku habiskan masa call shazlin(bff). Tu pon sebab aku rindu dia sangattttt. Tapi aku asyik call die je. Bila dia nak call aku pulak? *kau jgn berdrama sini bleh tak* K fine. Tapi best tanya dia pasal perkembangan dia dgn bf dia. Tak lama lagi aku dapat makan nasi minyakkk! (apa kau merepek ni setan?!) Kawan aku dah jumpa cintanya setelah bertahun aku dgr dia nangis psl jantan tak guna *lap hingus* Shazlin dah besar dah. Aku bila lagi nak cari bf ni. Eh tak sedar pulak SPM akan tiba dalam beberapa minggu. Pergh cepat gila siak. 진짜 무섭다아아! ㅠㅠ

Oho. Cakap pasal bf, mamat tu senyap sampai sekarang. Takpa takpa (sebenarnya bukan 'takpa') Haish. Aku fikir benda tak sepatotnya lagi. Jangan mengharap tinggi. Sebab lelaki boleh berubah. Bila aku cakap takde bf dekat shazlin, dia bagi soalan cepumas "hahaha mamat tu mana?". Haha jawapan aku simple je "dah lame senyap". So shazlin pon bengang "tulah lelaki, asfjwdoaapabsi" (lupa apa dia bebel) Eleh yang kau couple sekarang ni lelaki jugak *boring.jpg* Sekarang ni dah start tipu diri sendiri. Aku cakap je "aku okay" "takpe" "aku tak kesah kalau kau berubah hati" tapi hakikatnya hahaha. Gila pulak berjiwang memalam. Teringat pulak masa birthday aku. Ada orang tu sanggup dtg dari jauh nak bagi hadiah. Tapi dia senyap sampai sekarang. Haha biarlah. Aku malas nak fikir. Kalau difikir nanti serabot, kalau serabot tak concentrate. Nak spm wehh. Buat apa bercintan cintun lagi. Nanti patah hati, aku koyak buku ekonomi. (best tak pantun aku?)

Shazlin ada cerita. Bagi aku benda ni lawak sia. Sebab boyfriend dia jeles tahap cam tu. Comel betol dorang hahaha.

Shazlin: aku baru topup lima ringgit td tp habes call halem tdi gadoh. kau tau tak aku bagitau halem pasal budak cina yg aku kenal kat serendah tu. Dia marah aku tau tak. Pastu dia cakap kat aku "kau pegi lah dgn kafir tu!"  babi betol.
Aku: gelak terbahak bahak

Lile seriously, bila orang share psl bf gf diorg kat aku seronok aku jadinya. Jangan tanya kenapa. Dah tabiat dengar cerita orang. Thats why when it comes to myself aku akan cerita kat lin tanpa dia tanya. Hahaha kalau aku , aku tanya dia macam "kau dgn halem mcm mne?". Nampak sangat aku busybody -_____-

Semalam turun bawah pegi kedai. Mak aku suruh bayar bill celcom dia.

Mak: adek boleh tak tolong mak bayar bill kat bawah dekat kedai blablabla
Aku: (kenapalah mak meletakkan aku dalam situasi yang sangat tidak diingini)

Cepat aku turun, cepat aku kurung diri dalam rumah. Memula check sampah kot dah penuh (sebenarnya sampah tak penuh pon tapi aku ikat pegi buang jugak) pastu tarik nafas dalam2. Jalan macam takde pape. Dah sampai kedai tu macan ni lah keadaannya..

Aku: Kat sini boleh bayar bill kan?
Macha: boleh boleh
Aku: saya nak bayar bill kat no akaun ni (bg kertas)
Macha: nak bayar berapa?
Aku:RM140 (hulur not 50, 3 keping)
Macha: (bagi balance) tunggu kejap ambik resit.
Awek indon: Hai (dia ckp dgn abg2 macha)
Macha kurus: hello
Awek indon: Tadi ada orang macam kamu. Kawan kamu ka?
Macha kurus: takda. Kenapa?
Awek indon: tadinya dia ikoti saya. Saya pegi kesana dia ikut, saya balik kesini pon dia ikot. Saya takut ni.
Aku: (beriak biasa tapi dalam hati Allah je tahu takotnya macam mane)

Dah ambik resit aku keluar dari kedai tu. Sesekali aku toleh kebelakang. Nampak seorang lelaki mencurigakan berbaju coklat. Nampak minah indon tu pergi ke kedai makan takot2 je jalan. Aku dengan lawaknya berjalan laju. Yelah org tu kejar awek indon tu bkn aku. Tapi tkot lah jugak orang jaman skrg ni taktau lah pikiran nya. Aku cerita kat shazlin pasal ni. Then aku cakap "sapa suruh indon tu tgh hari buta pon pakai baju tido?" hahahah. Ayat penyedap hati .__. Gila tak ttakot. Aku rasa kat bandar tempat paling menyeramkan.

Okay itu je setakat ni. Tulis pepanjang macam ade orang nak bace je *nangis berbaldi*

Assalamualaikum x
-ig @shdslh

Cuti-cuti

October 21, 2014

안녕하세요 & Assalamualaikum!

Aku sekarang bercuti lat rumah mak aku (puchong). But no so 'cuti' because aku terperap dalam rumah kot. (ek eleh kau yang tak nak keluar ape kejadahnye) Act, aku bukan taknak keluar. Aku NAKKKKK SANGAT keluar tapi kat luar sana banyak orang yang tak berapa nak kenal so aku tak berani nak keluar sembarangan. Bunyi macam pengecot tapi aku cuba berlagak sebaik mungkin untuk jadi berani even tak de lah berani mana pun. Yalah selama ni kalau nak ape ape aku suruh je kakak ku yg dikasihi tu turun beli makanan and etc kat seven eleven. But now dia kat kampung habiskan masa dengan si zoro (kucing) sementara die tak balik asrama. Sekarang aku tak berani nak turun bawah sorang2. Kalau nak turun pon sebab terpaksa. Yalah dah lapar gila cadbury gila tak turun. Pekena nasi kukus kat sini. Pergh gila sedap bro. Aku dekat rumah sampai fikir hmm macam mane nak cakap kat abg tu nak nasi kukus ha? See? Sampai macam ni punya tak berani tau taakkkk. So, dah turun tu jalan lah laju2 sebab yelah nak balik cepat. Bila dah jalan rase macam apesal gerai nasi kukus ni jauh sangat. Haha very funny lah kau shuhaida. Dah sampai tengok harga. Dah berani tu cakap macam ni kat abang tu

Menu : Nasi Kukus Ayam Dara
Dalam hati (ish takkan nak cakap 'dara' tu plak kan.)
Aku: err bang, nak nasi kukus ayam tiga ye.
Abg gila: okay
Abg super gila: nak ayam sahaja ke nak nasi kukus ayam dara?
Aku: haaa? (dlm hati dh membabi) nasi kukus ayam lah
Abg gila: cakap lah nak nasi kukus ayam dara (then dia membebel sorg2)
Aku: *buat muka* (dia ni nk bergurau dgn aku ape)

Aku ni banyak benda takotkan. Kalau macam dgn stranger tu tkot. Tapi ade certain situation aku memberanikan diri aku jugak. So aku ni bukanlah jenis malu tak bertempat. Mak aku kadang2 marah sebab aku ni malas turun. Dia tak faham yg anak dia ni tak bleh nak atasi masalah keberanian dengan orang ramai lagi. Lagipon aku ni bukan jenis mudah bergaul. Bila dah kenal takpa lah nak gelak smpai esok pagi. Tapi sini bandar aku tak berani. Bukan tempat aku nak melilau tak tentu pasal. Sini lagi bahaya dari kat kampung dgn sg petani. Tu yg kalau naik lif hati risau gelisah kalau tinggal berdua dgn lelaki dalam lif. Mohon kasihani hamba *nangis*

Yeayyy aku dah edit sikit blog ni. Elok lah sikit and aku happy sangat sebab dah start ade viewer. Alhamdulillah. Ada jugak orang nak baca blog simple macam ni. Aku memang tak suka semak2. Aku dah lupa coding macam blog ni so tengah berjinak jinak balik. Alhamdulillah tak rosak blog ni aku kerjakan. Dah tengok template dekat blogskin tapi takda yang memuaskan hati aku. But nvm aku suka putih sebab putih itu bersih dan suci *ayat kau gila btol*

Anyway, aku takda cerita lagi buat masa sekarang so enjoy yr holiday okay. Bagi yang tak merasa cuti sampai seminggu tu takpa lah. Takda rezeki. Spm nak dekat weh. Takot gila. Apa tak baca lagi. Sadlifeu.

Bye assalamualaikum x
-instagram; @shdslh